PORTAL RASMI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA
JABATAN PERDANA MENTERI

Berita

Previous Next

MISI BANTUAN KEMANUSIAAN DAN BENCANA (HADR) MEMBAWA PULANG RAKYAT MALAYSIA DARI NEW DELHI, INDIA

MISI BANTUAN KEMANUSIAAN DAN BENCANA (HADR) MEMBAWA PULANG RAKYAT MALAYSIA DARI NEW DELHI, INDIA
 
18 Julai 2020
 
Pagi ini pesawat Malindo Air OD-0207/0208 daripada New Delhi, India telah selamat mendarat di KLIA pada jam 6.31 pagi membawa pulang seramai 107 orang penumpang. Pesawat ini telah berlepas semalam pada jam 4.20 petang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi New Delhi untuk membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas di India akibat Pandemik COVID-19.
 
Daripada 107 orang penumpang ini, 62 orang adalah jemaah tabligh, 34 orang rakyat Malaysia yang terkandas sejak lapangan terbang India ditutup manakala baki 11 orang merupakan krew Malindo Air.
Semua penumpang telah melepasi tapisan kesihatan yang dibuat oleh Kerajaan India sebelum dibenarkan menaiki pesawat. Sebaik tiba di KLIA, sama seperti ketibaan antarabangsa yang lain, semua penumpang perlu melalui saringan kesihatan dan ujian COVID-19.
 
Mengambil kira kumpulan ini telah kembali dari negara yang berisiko tinggi dengan jangkitan Pandemik COVID-19, mereka perlu dikuarantin wajib selama 14 hari di Pusat Pemantauan (Surveillance Centre).
Setelah selesai tapisan kesihatan di KLIA, kumpulan Person Under Surveillance (PUS) ini telah dibawa menaiki bas ke Pusat Pemantauan (Surveillance Center) iaitu Akedemi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) yang terletak di Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan.
 
Pusat Pemantauan ini diselia oleh petugas-petugas kesihatan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Di sini perhubungan adalah terhad kepada petugas kesihatan sahaja. Selain petugas kesihatan tidak ada perhubungan dengan pihak luar yang dibenarkan termasuk ahli keluarga.
 
Ini merupakan Misi HADR Malaysia yang ke-5 setelah kejayaan membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas di Wuhan, China, Italy dan Iran. Kerajaan Malaysia ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan misi bantuan kemanusiaan membawa pulang rakyat Malaysia ini berjalan lancar dan semua selamat tiba di bumi Malaysia.
 
Kejayaan misi ini adalah hasil kerjasama pelbagai agensi kerajaan, termasuk Kementerian Luar Negeri, Kementerian Kesihatan malaysia, Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia, , Angkatan Pertahan Awam, Jabatan Imigresen Malaysia dan AKEP yang diselaraskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). MAHB dan Malindo Air juga telah memberi kerjasama dalam menjayakan misi ini.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras 6 & 7, Blok D5, Kompleks D,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Wilayah Persekutuan
Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung
Pengunjung

Search