Agensi Peneraju Pengurusan Bencana
Skop dan tanggungjawab NADMA adalah berdasarkan kepada peruntukan di bawah Arahan Majlis Keselamatan Negara No 20 (Arahan MKN 20 Lihat Lampiran I). NADMA juga bertanggungjawab mempastikan bahawa perlaksanaan Arahan MKN 20 dipatuhi oleh semua agensi yang berkaitan. Secara amnya, skop NADMA melibatkan penyelarasan semua aktiviti dan kerjasama sebelum, semasa dan selepas bencana, termasuk aktiviti pencegahan dan mitigasi risiko bencana, aktiviti kesiapsiagaan dan tindak balas bencana, serta aktiviti pemulihan dan pembangunan semula.
NADMA Malaysia bertindak sebagai sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) & Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Pusat