PORTAL RASMI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA
JABATAN PERDANA MENTERI

Dasar Pengurusan Bencana Negara

Dasar Pengurusan Bencana Negara

 

Sebelum ini, pengurusan bencana negara lebih bersifat reaktif dan menumpukan perhatian terhadap usaha-usaha menyelamat dan rehabilitasi mangsa-mangsa bencana. Walau bagaimanapun, adalah didapati bahawa usaha mitigasi untuk mengelakkan ataupun mengurangkan impak bencana adalah lebih baik dan berkesan daripada tindak balas menguruskan sesuatu kejadian bencana. Kajian dan konsensus di peringkat agensi-agensi dan pakar-pakar pengurusan bencana antarabangsa mendapati bahawa usaha-usaha mitigasi dan tindakan pencegahan adalah lebih menjimatkan berbanding dengan tindakan responsif terhadap sesuatu bencana. Menurut Federal Emergency Management Agency (FEMA) Amerika Syarikat, setiap USD 1 yang dibelanjakan untuk program mitigasi, USD 9 akan dijimatkan. Ini tidak termasuk kesusahan dan gangguan hidup yang dihadapi oleh mangsa apabila sesuatu bencana terjadi. 

Oleh yang demikian, tumpuan dasar pengurusan bencana negara mula diubah dengan juga memberi penekanan terhadap usaha-usaha mitigasi pengurangan bencana. Selain daripada lebih berkesan, penekanan terhadap usaha-usaha mitigasi adalah selaras dengan komitmen antarabangsa Malaysia di bawah Kerangka Kerja Sendai. Kerangka Kerja Sendai adalah satu persefahaman antarabangsa yang memberi garis panduan asas amalan pengurusan bencana terbaik dunia dengan memberi penekanan kepada program-program mitigasi berbanding usaha menyelamat dan rehabilitasi. 

 

 

 

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras 6 & 7, Blok D5, Kompleks D,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Wilayah Persekutuan
Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung
Pengunjung

Search