PORTAL RASMI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA
JABATAN PERDANA MENTERI

Berita

Previous Next

Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang 2019 (APC) NADMA Malaysia

Hari ini, YB Datin Mastura Binti Mohd Yazid, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang 2019 (APC) NADMA Malaysia bertempat di Markas Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) di Pulau Meranti, Puchong, Selangor.

Turut hadir dimajlis tersebut ialah Ybhg. Dato' Sollehuddin Alyubi Bin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan & Pembangunan) serta Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Pelaksanaan Operasi) NADMA Malaysia, Encik Zakarian bin Shaaban dan para pegawai daripada NADMA dan pasukan SMART.
 
Acara pagi ini telah dimulakan dengan pemeriksaan barisan pasukan SMART yang diketuai Mejar Nizam Bin Kassim yang disertai oleh 44 orang anggota. Selesai melakukan pemeriksaan, YB Timbalan Menteri berpeluang melawat Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) dan telah diberi taklimat berkaitan fungsi dan peranan NDCC.
 
Pada tahun ini seramai 7 orang kakitangan NADMA dan 10 orang anggota Pasukan SMART telah dianugerahkan APC sebagai pengiktirafan dan penghargaan atas kecemerlangan dalam melaksanakan tugas sebagai penjawat awam.
 
Dalam ucapan beliau, YB Datin Mastura turut merakamkan penghargaan atas komitmen warga NADMA terutamanya yang telah bertugas dan beroperasi dibawah sektor keselamatan sepanjang Kerajaan melaksakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan dalam usaha memutuskan rangkaian penularan jangkitan COVID-19.
 
Tahniah kepada semua penerima APC NADMA 2019!
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras 6 & 7, Blok D5, Kompleks D,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Wilayah Persekutuan
Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung
Pengunjung

Search