PORTAL RASMI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA
JABATAN PERDANA MENTERI

Berita

Previous Next

COVID-19: NADMA MALAYSIA TERUS TERIMA SUMBANGAN

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA Malaysia) hari ini telah menerima sumbangan wang tunai RM 692,000.00 serta peralatan kesihatan untuk dimanfaatkan dalam menangani penularan wabak covid-19. Sumbangan barangan yang diterima pula merangkumi 61 unit alat bantuan pernafasan (ventilator) bernilai RM11.9 juta dan peralatan pensanitasi bernilai RM 1.08 juta.
YB Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) menerima sumbangan tersebut daripada sembilan (9) syarikat swasta.
Syarikat-syarikat penyumbang tersebut adalah WCT Holding Berhad, Nirvana Asia Group, Mah Sing Group Berhad, Malaysia China Ho Chamber of Global Commerce, JL Water Engineering Sdn Bhd , Terra Firma Asia Sendirian Berhad, GA Makmur Sendirian Berhad, Aramco Overseas Malaysia Sendirian Berhad dan Persistent Systems Malaysia.
Sehinggga 30 Jun 2020 Tabung Covid-19 telah berjaya mengumpul sumbangan sebanyak RM 42,565,912.63 hasil sumbangan daripada pelbagai pihak.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras 6 & 7, Blok D5, Kompleks D,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Wilayah Persekutuan
Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung
Pengunjung

Search