PORTAL RASMI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA
JABATAN PERDANA MENTERI

Aktiviti

Previous Next

BANTUAN PENERBANGAN MEMBAWA BARANGAN PERUBATAN DAN KESIHATAN KE SABAH DAN SARAWAK DITERUSKAN DEMI KESEJAHTERAAN NEGARA
Pesawat pengangkut A400M Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah melaksanakan penerbangan pada semalam, 16 April 2020 yang membawa bekalan barang-barang perubatan dan kesihatan ke Sabah dan Sarawak.
 
Bekalan peralatan perubatan dan kesihatan seperti topeng muka (face mask), sarung tangan (glove), PPE dan beberapa peralatan makmal disalurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Agensi PengurusaN Bencana Negara (NADMA) , Malaysia Relief Agency (MRA) dan Kementerian Perladangan dan Komoditi.
 
Penerbangan ‘’Logistic Comm” pesawat A400M semalam telah melaksanakan dua (2) sortie melibatkan penghantaran ke Kota Kinabalu dan Kuching. Sortie pertama diketuai juruterbang Mej Phanom a/l Achuan TUDM; pembantu juruterbang , Kapt Mohd Mazhan bin Puteh @ Abdullah TUDM dan lima (5) anak kapal manakala bagi sortie kedua, pesawat diterbangkan oleh Kapt Mohd Fitrie Idham bin Kamaruddin TUDM dibantu pembantu juruterbang, Kapt Mohamad Ridhwan bin Yahaya TUDM dan tiga (3) anak kapal.
 
Komitmen TUDM untuk kesejahteraan rakyat dan negara ketika ini yang berhadapan dengan krisis kesihatan dunia akibat wabak COVID-19 khususnya melibatkan penghantaran melalui jalan udara ke Sabah dan Sarawak akan diteruskan tertakluk kepada keperluan semasa.
 
Tahniah dan syabas kepada semua anak kapal pesawat A400M dan juga warga kerja TUDM serta agensi-agensi yang membantu dalam melaksanakan misi ini dengan jayanya. Bantuan yang diberikan ini diharap dapat membantu kumpulan barisan hadapan khususnya petugas-petugas perubatan agar dapat melaksanakan tugas yang berisiko ini dengan sebaik-baiknya.
 
-Ihsan TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA (TUDM)-
Previous Next

PUTRAJAYA, 13 April 2020 - Pengarah Logistik NADMA, Encik Amaludin Suib menyerahkan 100,000 unit ‘face mask’ kepada YBrs. Tuan Mohamad Yatim Nawawi, Pengarah Bahagian Korporat & Perancangan Strategik Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.

Selaras dengan Dasar Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Negara, ‘face mask’ yang diterima ini akan diagihkan kepada anggota-anggota JPJ seluruh sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 3 yang akan bermula 15 April sehingga 28 April 2020.

Turut hadir bersama-sama, YBrs. Tuan Mohamad Kamil bin Mohamad Kasim, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras 6 & 7, Blok D5, Kompleks D,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Wilayah Persekutuan
Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung
Pengunjung

Search