Menyelaras Inisiatif Pengurangan Risiko Bencana
Kementerian Hal Ehwal Ekonomi telah mencadangkan supaya pengurangan risiko bencana sebagai salah satu teras kepada program Rancangan Malaysia dan diselaraskan oleh NADMA. Ini bermakna program-program dan pelan pembangunan agensi-agensi kerajaan di masa hadapan perlu mengambil kira elemen mitigasi bencana dan dasar pengurusan bencana negara secara keseluruhannya.