Unit Komunikasi Korporat
Memastikan semua program yang dilaksanakan NADMA dimaklumkan kepada semua stakeholders menerusi media massa, portal rasmi dan media baru seperti Facebook, Twitter dan Instagram. UKK NADMA juga berfungsi Mengurus Hal Ehwal Korporat NADMA, Penerbitan, Pengurusan Pelanggan/Aduan dan Perhubungan Media serta Perhubungan Awam bagi memastikan imej dan keterlibatan NADMA dengan orang awam khususnya mangsa bencana sampai ke peringkat akar umbi.