Melaksana Program Kesedaran Awam
Kesedaran masyarakat dalam menghadapi bencana adalah penting untuk mengelakkan kehilangan nyawa, mengurangkan kerugian dan membantu kerajaan melicinkan pengurusan sesuatu bencana. Selaras dengan keperluan untuk meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan orang awam terhadap risiko bencana serta meningkatkan tahap kersiapsiagaan jentera bagi pengurusan bencana di peringkat akar umbi, NADMA sering mengadakan Program Community Based Disaster Risk Management (CBDRM)
Tujuan utama program CBDRM adalah meningkatkan keupayaan kumpulan pemimpin komuniti supaya sentiasa proaktif mengurangkan risiko bencana dan bersiapsiaga, di samping menerapkan nilai berdaya tahan (resilient) menghadapi bencana.