PORTAL RASMI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA
JABATAN PERDANA MENTERI

Berita

Previous Next

Pemantauan banjir oleh pasukan NADMA Emergency Support Team (NEST) turut dilakukan sekitar negeri Perak melibatkan Pusat Pemindahan sekitar Langkap dan Chikus Teluk Intan.
NADMA Malaysia bersama-sama agensi terlibat sentiasa berusaha memastikan koordinasi dan penyelarasan pengurusan bencana dapat diuruskan dengan lebih cekap dan efisien supaya mangsa bencana mendapat perlindungan serta bantuan yang sewajarnya daripada semua pihak.
Kesiapsiagaan Bencana Tanggungjawap Bersama
Previous Next

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mencemar duli mengadakan lawatan bertemu mangsa banjir yang ditempatkan di empat PPS di Maran, Pahang (Sekolah Menengah Kebangsaan Maran, Surau Kampung Jara, Sekolah Kebangsaan Kuala Sentul dan Masjid As Syakirin). Ketua Pengarah NADMA, Datuk Dr. Aminuddin Hassim hadir sama memberi taklimat berkaitan situasi terkini banjir yang sedang melanda 7 buah negeri di Semenanjung Malaysia

Previous Next

Bertempat di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SMK Maran, Ketua Pengarah NADMA, Datuk Dr. Aminuddin Hassim telah menyampaikan taklimat situasi terkini banjir kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Previous Next

31 Disember 2020 - Hari ini YB Datin Mastura Mohd Yazid, Timbalan Menteri di JPM (Tugas-tugas Khas) telah meluangkan masa mendengar taklimat situasi terkini kejadian bencana di seluruh negara bertempat di National Disaster Command Centre (NDCC) Pulau Meranti, Puchong. Walaupun ramai yang sedang bercuti, kesiapsiagaan menghadapi bencana perlu berada di tahap maksimum dan pemantauan berterusan perlu bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan bersama.
Selesak taklimat, KP NADMA Datuk Dr. Aminuddin Hassim telah mengiringi YB Datin menyantuni para frontliners pelbagai agensi yang bertugas di PKRC MAEPS 2.0, Serdang, Selangor.
Kata-kata semangat daripada YB Timbalan Menteri telah dapat menceriakan para petugas barisan hadapan yang sangat dedikasi dalam berkhidmat membantu negara memerangi pandemik Covid-19.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras 6 & 7, Blok D5, Kompleks D,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Wilayah Persekutuan
Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung
Pengunjung

Search