PORTAL RASMI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA
JABATAN PERDANA MENTERI

Berita

Previous Next

 
The handing over of US contribution to the COVID-19 Integrated Quarantine and Treatment Centre (PKRC) 2.0 at the Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS).
The donation, consisting of COVID-19 test kits and personal protective equipment (PPE) totalling US$75,000 (RM309,000), were provided by the US Department of Defence, United States Indo-Pacific Command (USINDOPACOM) Overseas Humanitarian, Disaster and Civic Aid (OHDACA) office.
Sumber : The Malaysian Reserve
Previous Next

YBhg Datuk Dr Aminuddin bin Hassim, Ketua Pengarah NADMA hadir ke Latihan Base of Operation (BoO) yang diadakan di Markas SMART, Pulau Meranti.
Latihan ini merupakan sebahagian daripada persediaan Pasukan SMART untuk pengkelasan semula pensijilan International Search and Rescue Advisory Group (INSARAG) yang akan diadakan pada tahun 2022.
Turut diadakan pertandingan Tarik Tali Rantai Peringkat SMART dan “Teh Tarik Session” bersama pegawai-pegawai SMART.
Previous Next

Tinjauan Ketua Pengarah NADMA YBhg Datuk Dr Aminuddin bin Hassim ke pejabat Angkatan Pertahanan Awam Gua Musang.
Beliau telah dibawa stor (kontena) simpanan kit makanan dan PPA Yussalmi telah memberi penerangan mengenai perancangan dan cadangan pembinaan dewan serbaguna yg boleh dijadikan stor bencana.
Turut hadir Encik Ahmad Qalbudeen dan Encik Sopuddin dari Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang.
Previous Next

Program Tinjauan ke Kg Pohon Celagi, Pasir Mas, Kelantan untuk melihat kesan runtuhan tebing Sungai Kelantan akibat banjir Monsun Timur Laut.
Lawatan disertai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), YB Datuk Seri Mustapa Mohamed ini turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali serta wakil-wakil Kerajaan Negeri.
Antara cadangan yang telah dikemukakan Kerajaan Kelantan adalah untuk penelitian adalah membaik pulih runtuhan tebing sungai, pengambilan tanah di kawasan yang terlibat dan pembinaan semula Rumah Pam Saliran Air Muleh.
Pada pertengahan bulan Februari, seramaj 98 orang penduduk kawasan itu daripada 45 keluarga dipindahkan setelah lima buah musnah susulan kejadian tebing runtuh.
Previous Next

5 Mac 2021 - Majlis Perasmian Kempen Pembudayaan Norma Baharu Sektor Peruncitan di Pasar-Pasar Utama peringkat Negeri Terengganu telah dirasmikan oleh YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri KPDNHEP. Turut hadir Ketua Pengarah NADMA, YBhg Datuk Dr Aminuddin bin Hassim.
Kempen Norma Baharu COVID-19 dilancarkan bertujuan untuk menggalakkan semua pihak disetiap peringkat untuk mengembleng tenaga dalam memastikan norma baharu kehidupan diamalkan kesan daripada penularan pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia. Kempen Kesedaran Norma Baru Covid-19 ini juga adalah sebahagian strategi bersepadu Kerajaan dalam mengurus pandemik COVID-19 yang diterajui oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras 6 & 7, Blok D5, Kompleks D,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Wilayah Persekutuan
Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung
Pengunjung

Search