PORTAL RASMI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA
JABATAN PERDANA MENTERI

Berita

Previous Next

Misi Bantuan Kemanusiaan Dan Bencana (HADR) Ke-2 Malaysia Ke China Berikutan Isu Kluster COVID-19 25 Februari 2020

Hari ini pada jam 1758 pesawat AirAsia AK 8264 bersama 12 krew, 9 petugas misi iaitu NADMA (1), Kementerian Luar Negeri (1), Jabatan Imigresen Malaysia (1) telah berlepas daripada KLIA2 ke Wuhan, China untuk membawa pulang rakyat Malaysia dan tanggungan daripada Wilayah Hubei berikutan Isu Penularan Kluster Covid-19.

Seramai dua (2) orang pegawai daripada Kedutaan Besar Malaysia di Beijing telah bergerak ke Wuhan sebagai Advance Team pada 24 Februari 2020 untuk menguruskan kumpulan yang akan dibawa pulang ini.

Semua penumpang akan melalui tapisan kesihatan mengikut ketetapan pihak penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Tianhe Wuhan sebelum dibenarkan memasuki pesawat untuk berlepas balik ke Malaysia.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras 6 & 7, Blok D5, Kompleks D,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Wilayah Persekutuan
Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung
Pengunjung

Search