EnglishMalay

Tanah Runtuh Bukit Beruntung

Maklumat Lokasi

Maklumat bencana

Nama Tanah Runtuh Bukit Beruntung
Jenis Tanah Runtuh
Masa Kejadian Berlaku 20/10/2014 7:00:00
Punca Pergerakan tanah telah berlaku di kawasan lereng bukit bersebelahan Apartment Teratai, Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung, Rawang, Selangor. Penduduk menganggarkan kejadian ini berlaku pada jam 7 pagi tadi. Kejadian berlaku di kawasan bukit berhampiran Blok K dan L. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian ini. Kebanyakan agensi Kerajaan seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jabatan Kerja Raya (JKR), Pejabat Daerah Hulu Selangor, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta pihak pemaju MKLand telah berada di kawasan kejadian. Pegawai Daerah menasihatkan supaya semua penghuni di Blok K dan L yang terjejas untuk mengosongkan kediaman mereka sebagai langkah keselamatan. Kesemua penghuni yang dinasihat berpindah ini akan ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya (1), Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya (2) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Bunga Raya yang terletak berhampiran kawasan tersebut. Anggaran awal bilangan penghuni yang dipindahkan adalah sekitar 1,500 hingga 2,000 orang. Walau bagaimanapun, angka rasmi penghuni yang dipindahkan akan diketahui kelak apabila JKM menyelesaikan urusan pendaftaran.

Statistik Mangsa Bencana

Disaster Casualty Chart